Sayangku semua

Sunday 3 February 2013

(Not) Sexy, Not Free Yet & Single But Unavailable

Assalamualaikum. Korang mesti terkejut yang tahap apa entah bila tengok title kat atas tu. Ngee~ Menyampah.

First of all , aku nak cakap yang aku rindu blog ni sebab dah lama tinggalkan. 

"Wahai blogku yang tersayang. Aku sudah menanggung rindu untuk beberapa bulan dan sekarang aku telah kembali untuk sementara waktu. Sila rindu aku balik selepas ini. TETTTT !"

 Tengahari kelmarin aku balik daripada rumah TRIPLE 'S' . Ceh , bukan rumah sendiri pun . Walaupun hanya empat orang aje yang boleh join , itu pun dah memadai bagi aku. Yang penting , hangout! 


CHILLAH . ISR . AINA . TEHAH
We are half of TRIPLE 'S' !

Okey, meh sini rapatrapat. Nak cerita acane kisahnya.

Hari Khamis, cuti. So, malam tu aku stay up sampai pukul 2 pagi sematamata untuk membuat kerja yang tak berfaedah iaitu menonton Drama Korea , Heartstrings! Sukatila nak cakap yang cite tu dah lama ke apa janji aku nak tengok. So, pagi besoknya aku pergi pasar dekat Wakaf Zin untuk beli baju raya. Diulangi, BAJU RAYA!

Then, aku tanya mak aku bila mak boleh antar pergi KB . Aku call Aina cakap nak pergi pukul 3 tapi alihalih pukul 12 lebih aku dah sampai sekolah (tempat nak jumpa dengan Aina) Semangat punya pasallah katakan.

Dalam pukul 2 or what time camtu , sampai lah dekat umah tu. Ngee. Aku tibatiba rasa yang aku dah jadi budak U bila masuk rumah tu. Okay then. Lebih kurang pukul 3 camtu, Tehah call cakap yang dia dah sampai. Aku and Aina terus pi jemput Tehah. Tak lama lepas tu pulak Qilah pulak yang call .

Hanya aku, Qilah and Aina aje yang boleh stay sampai keesokan harinya. Tehah kena balik lepas solat terawih. Farah tak dapat datang sebab takde transport. T..T Fieqah pulak tibatiba cakap tak jadi. Huhu. At first rasa macam "tak best lah sikit je" Tapi bila dah lama tu dapatlah aku terima kenyataan. Ces!

TRIPLE 'S'
Stand for Sahabat Sekentut Setahik.
Bunyinya disgusting but we're a sweet group ekceli. Hehe.


Qilah . Syikah . Dayatul . Syiham . Syida . Tehah . Farah . Fieqah . Aina . Aku . Wan Zatiey

Okay, sambung cite. Petang tu, kami pergi Bazaar Ramadhan. Ngee. Terjadilah satu kejadian yang memalukan dan tak perlu diceritakan disini. Haish, nasib baik aku tak kenal dia tu. Okay lupakan!

Lepas berbuka, solat maghrib. Dalam masa tu kitorang ada cakap pasal tips-tips. Acececeh~

Tips daripada TEHAH :
"Kalau nak cari jodoh yang soleh, pastikan diri kita dah solehah. Kalau macam tu perangai kita, macam tu jugaklah perangai jodoh kita tu nanti. "

Lebih kurang macam tu lah ayat dia. Korang jangan nak cakap kitorang ni gatal nak cakap pasal jodohjodoh ni eh. Tapi ini untuk persediaan untuk mengambil langkah menjadi yang solehah. *Ceh, skema!*

Tips daripada QILAH :
(Daripada abang dia ekceli)
"Lelaki ni boleh tahu samada kita suka dia atau tak. So, cuba jangan tunjukkan perasaan suka tu."
Well, kita ni still budak lagi. Tak perlulah nak bercintacinta bagai. Banyak yang rugi daripada untung. Kan best kalau bercinta lepas kahwin?!

Lepastu cakap pasal lesung pipit dengan AINA
Aina cakap pipi orang yang ada lesung pipit lembut. Tak macam pipi orang yang takde lesung pipit. Pernah dengar tak ada orang cakap yang ada lesung pipit ni cacat. Jadi, pipi orang yang berlesung pipit lembut adalah disebabkan oleh salah satu urat di pipi xde. Kalau ada urat tu, lesung pipit takde. Faham?
(Aku rasa pun dah berbelit)

P/s : key, baru perasan yang entry ni ada dalam draft. Yang ni entry tahun lepas. Harap maklum. :)

1 comment:

  1. Borgata Hotel Casino & Spa - JW Marriott
    The Borgata Hotel Casino & Spa offers 나주 출장샵 an unparalleled 정읍 출장안마 travel 경상북도 출장마사지 experience 여주 출장마사지 with class and class, plus a luxury spa and salon. 삼척 출장샵 Book direct to save!

    ReplyDelete