Sayangku semua

Thursday 14 February 2013

Hatiku berarak mendung bak awan yang kelabu

Assalamualaikum.

Tajuk kat atas macam poyo je. tapi nak buat macamana. hati aku memang rasa macam dihiris, dipilis, dikerat enam tujuh lapan sembilan sepuluh *kay, bila nak habis ni?*

Lepas solat asar petang tadi, entah kenapa 'awan' jadi mendung sangat sampai 'hujan'. Hmm, melebat atas sejadah pulak tu. Kalau menangis sebab mengenangkan dosadosa yang aku buat takpe jugak. Ni, menangis sebab... Errr... Perlukah aku nyatakan disini??? *ayat skema*

Aku menangis tadi atas dua sebab. Sebab pertama, aku letih dan tertekan. Otak memang dah tepu sampai berfikir pun asyik loading. Memanglah muka aku nampak cam riang ria sentiasa ceria happy ending ever after. Tapi inside, memang guruh petir tengah melanda. Pernah tak dengar ayat ni?


Dulu aku macam pandang rendah je ayat ni bila terjumpa terserempak tersepak kat manamana. Dulu aku macam boleh mengawal masalah sebab mungkin masalah yang aku tempuh hadap tu masalah kecil je. Sekarang, bila dah kena macam ni... mulalah nak sedih menangis melalak. *kay, over*

Hmm, sebenarnya.. menangis tu perlu dalam hidup. Menangis bukan menunjukkan kelemahan. Menangis adalah salah satu cara untuk hilangkan stress. Tapi, stress aku ni hilang ke tak? Biarkan soalan tu tanpa jawapan. Pernah tak dengar lagu Menangislah Di Bahuku - Firdaus? Camni liriknya...

Menangislah
Kadang manusia terlalu sombong tuk menangis
Lalu untuk apa air mata telah dicipta
Bukan hanya bahagia yang ada di dunia
Menangislah

Lagu ni sesuai untuk orang yang tengah berduka lara (ceh) macam aku ni. Kalau nak kata lagu ni lagu lama pun takpe sebab lagu ni memang lagu lama. 

Reason kedua. Hmm, nak bagitau tak eh? Cukup sekadar aku bagitau yang aku takut kehilangan orang yang aku sayang.

Tapi, kalau setakat menangis, menangis dan menangis. Takde usaha untuk membahagiakan hidup pun tak boleh jugak. (Jangan nak bajet heroin sinetron sangatlah kalau nak asyik sedih sepanjang hayat) Kita layak untuk bahagia. (ceh)

Apa-apa pun. Allah kena letak nombor 1. Ingat Allah bila kita senang mahupun susah. InsyaAllah, Allah ada untuk kita. Rasanya, sampai sini aje kot luahan hati duka laraku buat kali ni. Ingat tau! Menangis bukan tanda kelemahan. Jangan nak ego sangat dan jangan nak bajet tough. Assalamualaikum. :)


Quote to myself and reader(s)

2 comments:

  1. menangislah. kerana menangis itu melegakan perasaan (cehwah........huhu)

    ReplyDelete
  2. mengadulah pada Allah.. menangis meraung pun tak per... :)

    ReplyDelete