Sayangku semua

Wednesday 23 January 2013

Pada 23 Januari 2013

Assalamualaikum ols! Hmm, hari ni nak cerita pasal kejadian kelmarin. Pagi, macam biasa. Bangun, mandi, solat, bersiap, pergi sekolah dengan tecer mimie. Sampai ke sekolah lebih kurang pukul 7.20 pagi. Pergi kantin jap sebab lapar. Hoyeah! Lupa nak cakap yang aku tak suka dengan kantin baru ni. Layanan dia tak memuaskan. Yang pelayan perempuan garang semacam. Yang lelaki pulak gatal semacam. Tidur dengan ulat beluncas kot sampai jadi gatal macam tu. Hmmm.

Lepastu baca doa, nyanyi al-asma ul-husna. Baca Quran. Kemas-kemas buku then terdengar satu announcement yang sangat mengujakan. "PERHATIAN KEPADA SEMUA PELAJAR TINGKATAN EMPAT, ANDA DIMINTA KE DEWAN ASMA' BINTI ABU BAKAR DENGAN SEGERA UNTUK BLA BLA BLA" budak-budak dalam kelas semua bersorak. Nak mengelat tak nak belajar. Termasuk aku. Hahaha.

Masuk dalam dewan, cikgu ada bagi dua helai kertas. Kertas pertama ada tertulis "tanda jika apa yang anda suka buat dan anda ingin cuba." lebih kurang macam tulah ayat dia. kat kertas ni, ada enam kotak dan enam kategori. Kategori R, I, A, C, E dan S. satu lagi kertas, cuma kertas kosong.

Aku tergolong dalam golongan C. Golongan yang paling ber'juruh' (baik) dan boleh dibuat menantu. Hikhik. Lepastu, Cikgu Raja, penceramah aku tu, dia suruh kami lukis seekor lembu. Melalui lembu tu kita dapat tahu personaliti seseorang tu macamana. Tanduk tajam maksud dia camni, kaki straight camtu. Ekor panjang, ekor sederhana dan banyaklah! Aku pun lupa!

Taklimat pasal kerjaya ni habis dalam pukul 10.30 lebih. Makan-makan. Pastu masuk kelas balik, pukul 12.15 tengahari terpaksa keluar kelas untuk urusan dewan.

Punya lah letih kalau jadi ajk untuk mesyuarat agung pengawas ni! Mula-mula, keluar kelas. Pergi Unit Disiplin. Balik ke kelas. Pergi UD balik. Minta sign cikgu disiplin. pergi kelas balik letak borang keluar kelas atas meja guru. then pergi pejabat. mintak vakum dengan seorang pekerja. tak ingat nama apa. dia suruh pergi ambil vakum kat bilik redaksi. Bilik Redaksi pulak bukannya aras bawah! Tapi aras 4 . Hurgh, letih. Lepas ambil vakum, pergi dewan. Duduk sekejap, pergi blok C untu cari Ustazah Aini. Nak tanya pasal persegaran. Ustazah pun duduk aras 4 jugak. Berpeluh satu badan aku!

Lepastu, cari Teacher Azira. Cakap yang aku nak tumpang pergi Pantai Timur untuk beli pencuci mulut. Pantai Timur tu tempat haram untuk budak sekolah aku. Sebab tu lah aku kena tumpang segala. Dah siap semua tu. Pergi dewan balik. Sapu-sapu sikit. Then pergi koperasi. Minta air mineral tujuh kotak. Nasib baik dewan Fatimah az-Zahra kat sebelah aje. Takdelah penat sangat. Lepastu, Basyirah suruh naik Bilik Disiplin untuk ambil banner dan alas meja. BD pun aras 4 jugak. Tekak dah dahaga semacam. Aina ambil air dalam kelas dia and aku minum dengan rakusnya. Bhahaha.

Sampai kat BD, aku rehat jap. Switch on kipas tu dan baring. Penat! Dalam sepuluh minit camtu baru turun balik. ikat banner. pegi solat. pegi Pantai Timur. naik aras 4 atau 5 nak beli towel untuk Ust Zaini yang merasmikan program. Turun balik. Beli Limau. Bayar-bayar. Balik ke sekolah. Angkat meja untuk persegaran. Pergi UD untuk ambil alas meja.

Acara bermula. Aku jadi pencatat minit ketiga. Lepastu tiba-tiba usul yang diterima, usul yang aku buat. Tergagap-gagap aku nak bahas balik. Guna mic pulak tu. Suara aku pun dah jadi lain. Pergi duduk balik. Ada dua orang akak ni menolak usul aku. Then, aku bangun lagi untuk memperkuatkan hujah. Tergaru-garu aku nak menjawab. Sampai suatu ketika, aku nak tarik balik usul aku tapi Ustzh Rogayah kat belakang support. Akhirnya, diterima dua usul aku. Pheeeew. *kesat peluh*

Tu ajelah . Malas nak tulis panjang-panjang sebab entry ni pun dah cukup panjang. Klah, Bye. Assalamualaikum. <3

1 comment: