Sayangku semua

Tuesday 29 July 2014

Kerana Aku Hanya Izzati

Kadang-kadang,
Aku tak rasa yang aku ni manusia,
Aku tak rasa yang aku ni perlu jaga hati orang lain,
Aku tak rasa yang tindakan yang aku buat salah.

Kerana aku hanya Izzati...
Aku.... Manusia yang tak pernah bersyukur...
Manusia yang tidak pernah fikir tentang tindakan aku yang mungkin buat orang lain terasa...
Manusia yang ego..
Manusia yang mementingkan diri sendiri...
Manusia yang bodoh bertindak..
Manusia yang bodoh segala-galanya.

Kerana aku hanya Izzati,
Aku melepaskan kemarahan...
pintu yang tak bersalah digunakan untuk menunjukkan protes...
telinga, kusumbat dengan earphone supaya pendengaranku menjadi tuli...
mulut, kututup serapat-rapatnya tidak mahu memberi respons...

Kerana aku hanya Izzati,
aku orang yang mudah terasa,
aku orang yang cepat melatah
dan aku,
mudah membenci orang.

Kerana aku hanya Izzati.

Sobs.

1 comment:

  1. kerana aku cuma Aqilah. tak mampu tenangkan seorang Izzati ketika dia sedang bersedih.

    tabahlah sahabat. segala yg berlaku ada hikmahnya.

    ReplyDelete