Sayangku semua

Thursday 19 December 2013

Kasut

Bismillah...

Assalamualaikum. hehe. tetiba rasa rajin nak hupdate belog. Apa yang aku nak cerita hari ni adalah berkenaan dengan kasut. Yelah, kasut. Takkan tak kenal kot kasut?

Nak dijadikan cerita, hari Isnin lepas aku pergi outing dengan Syikah dan Chah. Ekceli, aku dengan Chah tak rapat sangat tapi disebabkan Syikah kitorang boleh keluar sesama. Bukan apa... Boring duk rumah.. lagipun hati aku ni dah berat sangat menanggung rindu. Choi. haha.

Benda ni macam mendadak gitu. Tak sempat nak call Qilah, tak sempat nak inform kat member-member Triple yang lain yang aku nak keluar date dengan Syikah. So, at the end... aku Chah dan Syikah aje yang keluar. Pagitu punyalah kalut sebab bangun lambat. Kelam kabut aku turun rumah dan paksa adik aku hantar pergi KB. tulah, nak sangat guna motor lepas tu kata tak nak hantar aku pulak. itu motor aku wei! Dah jadi macam harta dia je. Spoil!

Dalam pukul 9.15 pagi aku sampai kat depan BSN. kepala aku dah terjenguk-jenguk nak cari Syikah sebab aku janji nak jumpa dia depan PT. bila tak nampak kelibat dia, aku pun dengan senang hatinya pergi 7E nak top up. Haaa, duit yang aku bawak pulak RM22 je. Bagus tak? Huhu. Aku tak sempat nak menabung tahun ni. Iyalah. Petrol naik. Setiap dua hari aje mesti pergi isi minyak. Menyampah tau tak?! Nak berjoli pun dah takde duit. Sadis betul hidup aku.

lepas topup, aku rasa macam tudung aku senget sebab tadikan aku pakai topi keledar. abis rosak tudung aku! hajat di hati nak pergi tunggu Syikah kat masjid tapi masjid kunci. tunggu tak sampai lima minit, pintu dah boleh buka. Dengan muka sardin aku masuk, cari cermin, betulkan tudung lepas tu blah. memang kurang asam betul. Aku keluar pergi PT. tapi batang idung Syikah langsung aku tak nampak. So, aku call dia. Call punya call, last sekali Syikah kata dia terbangun lambat. So, aku pun pergi tunggu depan PT dan tunggu Chah. lebih kurang lima minit lepas tu, Chah datang dan kitorang sembang-sembang dan terus masuk PT bila Syikah dah sampai.

Memang menggugat iman betul masuk PT ni. baju-baju kemain lawa. dengan skirt lagi. buku nota yang berlambak dekat rak, sweater... haish, duit ada seciput jadi aku dapat pegang pun jadilah. huhu. agaknya lama jugak kot kitorang pusing-pusing dalam PT tu. destinasi kitorang lepas tu, Chinta. lepas tu, kedai jubah dan lepas tu. Mydin.

Kat sinilah, kisah kasut bermula. haha. kemain panjang muqaddimah aku.

Depan Mydin tu, diorang ada buat macam kedai dekat luar. Aku nak terangkan pun macam payah aje kat sini. So, bayangkan ajelah macamana... Masa duk tinjau-tinjau dari luar kedai kecik luar Mydin tu mata aku dah nampak satu kasut yang agaklah cantik dan harganya pun cantik. hehe. cepat-cepat aku masuk dalam kedai kecik tu, terus cari kasut saiz aku. cari punya cari... jumpa. dah lama aku nak beli kasut baru. sebab sandle yang aku pakai tu macam licin gitu bila berjalan. asyik tersepak aje bila berjalan. so, aku keluarkan duit sebanyak RM4.90 untuk kasut tu. haha. murah gila! tu pun dah kira bersyukur sebab jumpa kasut semurah tu. So, aku terus pakai kasut tu dan sandle yang aku pakai tadi Syikah yang pakai. haha. kesian Syikah... asyik tersepak je bila pakai sandle aku tu.

Yang part paling kelakar pasal kasut tu camni,

lepas kitorang pergi surau kat Parkson, kitorang window shopping kat H2. tengah pusing-pusing tengok kasut, Syikah panggil aku dengan nada teruja. Dengan hati yang kononnya berdebar, aku pergi dekat Syikah.

"Zati, kasut awak."

Syikah tunjuk kasut yang warna sama, bentuk sama dan polkadot yang sama kat aku. Aku tahan gelak. Chah yang tengok sama dah tergelak dari tadi. Aku belek dia punya harga ohoi, memang tak sama. RM19.90. tergelak aku kat situ. akak yang jaga kedai pun tengok kasut yang dah terletak cantik kat rak bergilir dengan kasut yang aku pakai. rileks kak, saya tak curi pun. haha.

bila sampai je kat rumah, adik aku yang lelaki tu tanya siapa punya kasut yang warna biru. dengan muka sardin aku cakap tu kasut aku dan teka berapa ringgit aku beli. haha. muka dia macam berkenan dengan kasut aku. dia sampai try kasut aku tu dekat kaki dia. lol. dahlah tak percaya yang kasut aku tu lima ringgit je.

itulah nak dikatakan. aku tak malu pun pakai kasut yang harga murah macam tu. semurah-murah kasut aku tu pun, ada lagi manusia zaman sekarang yang masih berkaki ayam. huhu. Insaf kejap aku.

Dahlah. banyak-banyak menaip ni boring jugak. hehe.

Eh lupa. harini result PMR. tahniah kepada adik-adik MMP yang berjaya. yang tak berjaya tu janganlah putus aje. hidup adik-adik bukan setakat PMR je. ingat, apa yang kita tanam, itulah hasilnya. huhu, tetiba takut dapat result SMU. aku tanam ala kadar aje. klah, bye. <3 Assalamualaikum. :)


{kasut baru} lulz

No comments:

Post a Comment