Sayangku semua

Tuesday 11 December 2012

Gewe


dari : Tumblr

Assalamualaikum, stalker(s) ! *k, bajet!

Haha. Title pun macam apa entah. Mesti ada yang terkejut bila aku sebut yang aku ada 'gewe'. Err, tak paham eh? Gewe tu maksudnya KEKASIH / COUPLE / PACAR. Gewe tu orang Kelantan yang pakai. Bahasa Kelantan sangat unik, k!

Ekceli, entry aku ni pasal GEWE aku lah! Haha. Her name is... NOR SYAHIDATUL AKMAL. Aku kenal dia sejak dari darjah 4 lagi sebab kitorang tuition sekali. Lepas tu terpisah untuk setahun sebab aku berhenti tuition and then jumpa balik time darjah 6 sebab aku pindah sekolah.

Tapi time ni kitorang tak rapat sangat sebab dia duk kelas lain and aku pun duk kelas lain. Namun begitu, *amboi!* kitorang ni satu grup dalam Mentor Mentee... So, banyaklah study sesama untuk UPSR.

Nak dikatakan jodoh kami panjang, kami ditakdirkan untuk sekolah sekali dari Form 1 sampai Form 3 and InsyaAllah sampai masuk U. Form 1 pun kitorang rapat time balik sebab kitorang balik dengan bas. Aku, Datul, Pqah, and Aina lah jadi ratu bas time ni. Ditambah pulak dengan akak-akak Form 5 yang sangat best dan sporting lagilah menambahkan lagi kegamatan waktu dalam bas tu.

Naik tingkatan 2 pulak kitorang masih tak kamceng sangat. Lain kelas tapi still balik sama-sama. Again, dengan bas. Start tahun ni lah aku dan dia kamceng. Datang ke sekolah sama-sama. Balik sekolah pun sama-sama. Pergi tuition pun sama-sama. Boleh dikatakan setiap harilah kitorang berjumpa. Kalau tak berjumpa pun still akan contact dalam satu hari. Kalau tak contact memang tak sah. Ya tak Datul?

Ke-kamceng-an kami bertambah bila kami minat satu boy band yang sama iaitu BEAST. Hari-hari cakap pasal BEAST. *takdelah sampai hari-hari. HAHA*

Okay, bila cuti time ni mulalah rindu sebab tak jumpa. Nama Datul dalam contact list aku pun aku dah letak GEWE. Haha. Penangan si Datul. Tengahari tadi pun aku baru lepas jumpa dia. Makan nasi goreng pattaya yang mak dia jual. Pergh, memang kick ah! Sedap!

Hehe. To my besties, TRIPLE S... don't be jealous because i had someone else. Korang dan my gewe adalah sama dalam hati aku. *Ceh!* takde tingkat-tingkatnya sebab hati aku ada setingkat aje. Aku sayang korang sama level. Cuma mungkin layanan aku aje yang TERnampak lebih atau kurang.

Aku chow dulu,
Assalamualaikum. Muaaah. *flying kiss

p/s : Tak kira korang TRIPLE 'S' ke, my gewe ke, aku harap hubungan persahabatan kita berkekalan sampai syurga. Nomu nomu nomu nomu nomu nomu nomu nomu nomu nomu nomu SARANGHAE!

No comments:

Post a Comment