Sayangku semua

Friday 2 November 2012

Hanya mampu sedekahkan Al-Fatihah

Assalamualaikum.


Berdasarkan tajuk diatas, aku nak share something dengan korang. 
Semalam, 2/11/2012 hari JUMAAT pak sedara aku telah kembali ke rahmatullah.
Kami satu family panggil pak sedara aku tu PAPA.

Sebelum tu, Papa disahkan menghidap penyakit yang melibatkan tengkuk. TB kelenjar ke apa entah. Aku pun dah lupa. Then, selang beberapa hari Papa menghadapi komplikasi pada paru-paru. Terpaksalah arwah gunakan alat bantuan pernafasan.

Pagi semalam, mak dan abah aku pergi melawat Papa kat hospital. Time ni Papa masih lagi ada. Tapi lepas beberapa jam mak sedara aku call yang papa dah takde. Terkejut pun ada time ni. Tiba-tiba aku terfikir,

"Macamana dengan Fatihah? Mesti dia sedih. Dahlah SPM pun dah dekat."

Seriously, time ni aku hanya terfikir pasal sepupu aku je. Aku tak nak benda ni akan menjejaskan prestasi dia untuk menghadapi SPM nanti. 

Hmm, nak buat macamana kan? 
Kita hanya mampu doakan yang terbaik untuk arwah. Petang semalam pulak, sepupu aku SMS.

"Nor, papa aku dah takde." 

Then aku reply,

"Sabarlah. Janganlah sedih. Allah lagi sayangkan papa kau."

Dia cakap,

"Papa aku meninggal sama dengan tarikh lahir aku."

Baru aku teringat yang semalam birthday dia. Aku cakap kat dia, papa dia pergi hari Jumaat. Tu hari yang mulia.

Walaupun aku tak bersemuka dengan dia, aku tahu yang dia sedih. Tambah-tambah yang dia merupakan anak kesayangan papanya.

Sabarlah Tiyah. Aku pun pernah rasa apa yang kau rasa. Dan kau bertuah sebab papa kau tinggalkan kau time kau umur 17 tahun. Arwah abah aku meninggal time aku berumur 7 tahun. Masih budak lagi dan still mentah nak terima semua tu. Aku harap kau sabar. Jangan biarkan semua ni ganggu fikiran kau. Jangan biarkan syaitan menguasai minda kau. Aku tahu kau tabah dan boleh terima semua ni dengan hatinya terbuka.

Perbanyakkan doa. Ingat yang papa kau terpilih untuk meninggal pada hari Jumaat.
Assalamualaikum.

p/s : Setiap yang hidup pasti akan mati. Dan yang hidup mestilah menjadikan kematian itu sebagai suatu tiket untuk ke SYURGA.

1 comment: