Sayangku semua

Monday, 17 September 2012

AKU NAK MIMPI TU JADI KENYATAAN !!!!

Assalamualaikum. Sorry , sorry and sorry sebab mungkin ada typing error yang bilangannya melampau banyak sebab aku tengah RUSHING! Ceh! Okey, honestly aku tengah buat keje BM . (Yes i know! Aku buat keje last minit. LAGI!)

*Tarik nafas, hembus* Sambil menaip ni sambil potongpotong buku karangan. Mulamula guna gam je. Lepas tu, habis gam aku guna cara yang lebih moden pulak. Ngahaha. Aku guna SALOTAPE hang tau dak?! Okey apa? Melekat jugak kan?

Hokey, berbalik kepada cerita mimpi. Hehe.

Tadi, Bella ada cite pasal mimpi dia. Ngahaha. Dia kata dia semayang Istikharah untuk benda lain tapi yang mimpi benda lain. Macam ni cite dia :

Dalam mimpi tu, suasana macam menggambarkan sebuah kenduri. Tak tahu kenduri sape tapi time tu Bella pegi dengan HUBBY dia! Diulangi, HUBBY! Haha. Okay, sukati lah nak cakap mimpi ni hiperbola ke mende. Mimpi kan mainan tidur. Hehe.

Lepas tu, ada someone panggil Hubby dia. Kalau tak silap aku , nama Hubby dia, Ikram Rayyan. Herm, entahlah. Lupa. Who know what? Orang yang panggil Hubby Bella tu HUBBY AKU! Haha. Bella tak tahu Hubby aku nama apa, tapi aku bagi nama ni : Rayyan Al-Fateh (RAY) Hehe. Nama watak novel aku yang handsome.

Sedang Bella meninjau-ninjau keadaan sekeliling, Bella ternampak aku dan terus terdetik *ayat macam ayat novel* "Macam aku kenal aje pompuan ni." Lepas tu barulah kitorang bertegur sapa. Aku and Bella tengah cakap-cakap ituini sebab dah lama tak jumpa. Our hubby pulak tengah cakap apa entah.

Tak lama lepas tu, RAF datang bawak sepinggan nasi untuk kami berdua. Sweet tak? Haha. Lagi sweet bila Bella kata aku yang tolong suapkan nasi ke mulut RAF. Hmmm. Aku nak mimpi tu jadi kenyataan!

Tengah best makan nasi, Bella pulak pegi cuit aku. Dia cakap Fathanah datang dengan sorang anak and baby dalam perut. Yang ni memang nak ketawa. Tangan aku secara latahnya terlastik ke muka RAF. Huhu. Nasib baik RAF penyabar orangnya. Dia tak marah pun kat aku.

Mata kami terarah ke arah Fathanah. Agak terkejut lah sebab tengok dia dah nak dapat lagi sorang anak. Bella cakap, Fathanah kawen time dia belajar kat Universiti lagi. Hubby dia dah suka sangat kat dia then kawen.

Tak lama lepas tu pulak, Sofiah datang. Datang dengan Tunang! Haha. Dalam mimpi Bella kali ni, Sofiah dah jadi tinggi. Punya lah ketawa Sofiah tadi bila Bella kata Bella tak nampak tunang Sofiah sebab dia tinggi. *berbelit*

Berbual-bual lagi. Bella cakap dia ternampak Syida and Fiqah rasanya. Entahla . Tak pasti. Borak-borak-borak, kitorang tahu yang Fiqah pun dah bertunang. Syida jugak lah yang solo lagi. Entah macamana, Syida terlanggar dengan sorang lelaki and she get her crush there! Tak kesahlah air tumpah atas baju pun, hati dia dah tertawan dengan lelaki terlanggar dia tadi. Hmmm..

Okay, last but not least Bella cakap. Dalam ramairamai hubby or fiance, hubby aku lah yang paling handsome sekali. Sekali lagi aku nak cakap, AKU NAK MIMPI TU JADI KENYATAAN! Kbye! <3

No comments:

Post a Comment